Wednesday, June 25, 2008

Punk tidak mati, malah dilahirkan semula.

Pada sesiapa yang menganggap Punk ataupun Hardcore sudah tidak memberi impak dan kejutan lagi, sila check out :

" Avacado & The Bad Voice".

Kugiran Punk rabak spontan yang penuh dengan kejujuran dan tenaga ini diterajui oleh Avrocore. Yang sebelum ini hanya bermain dengan sebuah gitar akustik ataupun mendampingi Rahmat Harun dan Black di persembahan mereka.

Untuk lebih lanjut, sila baca komen dari Fahmi FSF :

[+] Jadi, kau mahu Punk Rock?
Dude.
Punk Rock telah kembali.
Kalau semalam kau tak ada di Annexe, Central Market.
Kau rugi besar.
Sumpah!
Yup.

Persembahan semalam adalah satu petanda. Satu anugerah dari Dewa-Dewa Punk Rock. Ia boleh membuatkan Iggy Pop, Thom Yorke, Pete Townshend, Mick Jagger, Steve Ignorant, GG Alin (sekiranya dia masih ada), Joe Strummer, Joey Ramone, Dennis Lyxzén, Henry Rollins, Ian MacKaye, mamat-mamat Mars Voltar, Tim Armstrong, Lars Frederiksen, Johnny Rotten, Ozzy Osbourne, Lemmy atau mana mana yang mengaku punk menangis, angkat tangan, kibarkan bendera putih dan berhenti main mana-mana show.
Ini revolusi rock, bernaung dalam satu jasad bernama Avroco.

Aku serious ni, gampang.
(John Hafiz, Sin Chan. Jangan mengada nak pertikai atau komplen pasal hal ini. Duduk diam-dia dan ambil nota! Ini sangat crucial.)
Jangan main-main.


Punk Rock sudah kembali: Bersama Avroco and the Almighty.
Spontan, santai. Tapi merbahaya.


Macam tsunami atau sebelum tibanya puting beliung. Tenang, macam bom sebelum meledak. Ia tak perlu gimmik atau main cover lagu umbrella atau disinari berjuta lampu spotlight atau perlukan stage setinggi langit. Semua persembahan semalam adalah satu titik tolak untuk sesuatu permulaan yang baru. Ia muncul dengan dendam, lebih mentah, lebih liar dari semua band underground Malaysia disatukan kerana ia adalah persembahan dari Avroco, yang tampil bersama kawan-kawan lagenda di atas pentas, tanpa perlu apa-apa persediaan lagu ataupun gimik. Ia adalah ledakan kreativiti dan emosi yang bergerak dalam satu aliran masa yang sama.

One shot.

Pure Avant Garde.

Tanpa koreografi ataupun pengaruh MTV.

Seperti Pheonix, ia bangkit dari abunya dan terbang jauh membakar bumi.

Itu Avoroco and The Almighty.

Yang lain, LUPAKAN.
You dig?

( dipetik dari blog http://fakapunch.blogspot.com/ )

*Kepada yang masih tertanya-tanya siapa itu Avrocore, sila baca:

Innerview zine

Persembahan Sulung di Annexe Central Market Kuala Lumpur.

Jumaat 20hb Jun 2008, Bau-Bau Cafe, The Annexe, Central Market Kuala Lumpur. Nama Delegasi tidak ada dalam flyer kerana delegasi bermain di show ini tanpa di rancang sama sekali dan semuanya berlaku dengan sekelip mata. Di saat-saat genting, menelefon Hishamudin Rais untuk bertanyakan jikalau ada slot kosong untuk diisi. Hisham beri lampu hijau, jadi berangkatlah kami dengan persembahan kami pada malam itu untuk dipersembahkan kepada semua yang sudi. Kekeliruan berlaku kerana rata-rata menganggap Kuchalana yang main.

Fakta yang sahih ialah pada malam tersebut Delegasi adalah band yang bermain dan bukannya Kuchalana. Walau bagaimanapun,Delegasi  juga adalah tempias dari Kuchalana. Mang dan Masrur dari Kuchalana dan Tojeng dari Dull Entertainment Programme.

Lahir disebabkan kekosongan yang menyelubungi dan ketagih untuk berenang dalam bunyi-bunyi... lahirlah band ini, delegasi.

 

 

Terimakasih pada semua yang hadir...dan pada kawan-kawan yang penat tunggu kami main...maaf atas kelewatan yang berlaku. Berbanyak terimakasih pada Hishamuddin Rais dan Bau-Bau cafe.. Acai DEP untuk bass yang lazat dan jadi roadie kami pada malam itu, Nizang Dum-Dum Tak untuk strap bass, Yati untuk minuman dan sokongan, Saiful Razman untuk minuman, Mat Silence untuk shoot video yang best, Kay & Hayati untuk transport, Apuk untuk tansport dan sumbangan solo blues karat, Bro Fuad untuk Fender "Blackie" yang dedikasi  dan Avrocore & The Bad Voice kerana cover masa sebelum kami main.Tidak lupa untuk band-band lain yang sama-sama perform, Kita jumpa lagi di masa yang akan datang. Terimakasih.

Ruang blog kugiran Delegasi

Terimakasih kerana sudi bertandang, tiada apa lagi yang dapat kami ungkapkan, terimalah dari kami untuk semua.

Semoga sama-sama berkat. Sama-sama kita juang dan lawan segala ketidakadilan dari luar dan dalam.